Rabu, 10 Ogos 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK

9 KPI Di Bulan Ramadhan


Sudahkah kita menetapkan tujuan-tujuan yang ingin kita capai di bulan Ramadhan ini ? Ataukah menjalani apa adanya tanpa target-target tertentu ? Ya, jika tidak ada pun tiada masalah.
Tetapi, jika anda mahu, mungkin idea berikut boleh kita lakukan sebagai 9 target untuk kita capai di bulan Ramadhan ini, walaupun sudah berjalan, tapi tidak apa daripada tidak ada sama sekali.
1. Makan & minum secara biasa.
Mari kita cuba konsisten patuh pada aturan Nabi dalam makan : mengisi perut kita dengan sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga rwang bernafas, termasuk pada bulan Ramadhan ini.
2. Berinfaq/sedekah setiap hari
Jika tahun lalu tidak melakukannya, Ramadhan tahun ini mungkin kita boleh mulakannya dengan RM1, RM5, RM10 dan seterusnya yang mana kita mampu tetapi mestilah benar-benar ikhlas, Insyaallah akan mendapat ganjaran yang lebih besar.


3. Menghafal 4 surah baru
Ada empat minggu di bulan Ramadhan, maka cubalah untuk menghafal satu surah baru setiap minggu. Setelah kita mulakan, kita akan memperolehi momentum sehingga mungkin ingin menghafal lagi satu minggu berikutnya.
4. Solat Tarawih
Setelah selesai berbuka puasa, dorongan yang paling kuat adalah untuk tidur atau berehat setelah melepasi hari yang meletihkan. Tapi cubalah yang terbaik iaitu dengan pergi ke masjid untuk Solat Tarawih. Solat sendiri memang tidak ada masalah, akan tetapi melakukannya dengan berjemaah di mesjid akan terasa lain.
5. Menghentikan mengumpat dan marah-marah – dengan tabung khas
Jika kita merasa sukar mengendalikan mulut, cubalah cara ini : sediakanlah sebuah tabung, dan masukanlah sejumlah wang ke dalam tabung tersebut setiap kali kita memaki atau memaki. Pada akhir bulan, gunakanlah wang tersebut untuk amal atau membeli hadiah untuk diberikan kepada orang-orang yang telah kita maki atau kita umpatkan.
6. Hubungilah saudara-mara dan rakan kita
Mempererat tali silaturahim dengan anggota keluarga dan rakan taulan adalah sebahagian dari cara hidup Islam. Di bulan Ramadhan ini, perbanyaklah komunikasi dengan mereka melalui pelbagai cara dari fasiliti yang tersedia ada. Samada melalui email, telefon, SMS, bahkan jejaring sosialpun mungkin tidak ada masalah..
7. Lakukan diet teknologi
Walaupun jika kita bekerja di industri IT, kita boleh melakukan ini. Hindari menyemak email peribadi dan melayari web semasa kita berpuasa. Setelah berbuka puasa, pergilah Solat Tarawih, hentikan kebiasaan menghabiskan waktu di depan monitor. Juga untuk menonton TV, DVD dan sebagainya. Tujuannya adalah mencuba memberikan perhatian kita sepenuhnya untuk pengembangan sisi rohani kita semasa bulan puasa ini.
8. Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 5 minit sehari
Sesibuk mana pun kita, kita semua diberi masa yang sama iaitu 24 jam sehari seorang. Pasti kita ada masa untuk diluangkan masa untuk membaca Al-Quran walaupun 5 minit. Kita dapat membaca dari halaman pertama dari Al-Quran dan membacanya secara berurutan, ataupun membaca surah-surah pilihan kita. Lagi elok jika kita membaca tafsir Al-Quran supaya kita memahami maksudnya. Tujuannya adalah supaya kita selalu berhubung setiap hari dengan Allah melalui wahyuNya di dalam Al-Quran yang kali pertama diturunkan pada bulan Ramadhan ini.
9. Maafkan semua orang yang telah menyakiti kita
Masih punya luka bernanah dari perselisihan faham dengan kawan atau saudara-mara kita tahun lalu? Masih marah terhadap perkataan mereka? Atau kita masih merasakan pahitnya sikap & kata-kata mereka?
Buanglah kemarahan dan rasa sakit tersebut di bulan Ramadhan ini, dan maafkanlah mereka yang telah menyakiti kita. Di bulan Ramadhan ini, lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir, merupakan hari-hari khas untuk pengampunan Allah. Jadi bukankah seharusnya kitapun sebagai makhluk yang jauh lebih rendah memberi keampunan juga?
Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan